bake with love...


selamat hari ibu...khas untuk ibuku tersayang..

Bersempena dengan sambutan hari ibu esok 8/05/2011...aku dah set dalam kepala nk bagi cup kek khas untuk mak ku....he..he lagi2 kek..almaklumlah itu jer aktiviti terbaru aku nih.. aku juga telah bergelar seorang ibu, namun title tuh aku rasa cam mimpi jer bila d'fikir-fikirkan tentang hakikat bahawa aku telah mempunyai "follower" seramai 3 orang dah...akan jadi "follower"aku kemana sahaja aku pergi selagi hayat dikandung badan, selagi aku bernafas dan selagi aku dipertanggungjawabkan oleh-NYA untuk menjadi khalifah, isteri & ibu kepada anak2 aku...amin....IBU sungguh bermakna, dan tanggungjawabnya amat2 lah besar...

Sebagai tanda penghargaan orang pada mak, orang hadiahkan CUP CAKE yang x seberapanya ini khas untuk mak.....sesungguhnya orang amat menyayangi mak dunia & akhirat....